Ini Jenis Batu Akik dan Khasiatnya

jenis-batu-akik
JENIS BATU AKIK DAN KHASIATNYA -- Batu akik kini makin moncer saja meski sebenarnya batu jenis ini sudah dikenal semenjak jaman dahulu. Karena moncer itulah harga batu akik jadi melambung tinggi. Tentunya bukan sembarang batu akik yang dibandrol dengan harga mahal. Batu akik langka, batu akik bertuah, batu akik yang memiliki khasiat tertentu tentu yang berharga mahal. Bagi anda yang memiliki kepercayaan terhadap khasiat batu akik tentu rela mengeluarkan kocek yang tidak sedikit untuk mendapatkannya. Namun bagi anda yang tidak percaya , bisa jadi anda juga rela mengeluarkan kocek besar untuk mendapatkan keindahan batu akik ini.

Di kalangan pecinta batu akik ada beberapa jenis batu akik yang dikenal masyarakat. Masing-masing batu akik tersebut memiliki nama dan khasiat yang sendiri-sendiri. Berikut ini jenis batu akik beserta khasiatnya :
1. Batu Akik Hakikat
Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang mengelarkan batu ini sebagai batu badar lumut. ini kerana ia mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk. Dikatakan batu ini mempunyai khasiat seperti berikut:
 menundukkan musuh, menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit, menghindarkan ganguan makhluk halus, menghilangkan darah gemuruh,  serta untuk keselamatan diri.

2.  BATU  Akik PANCA NUR
Batu Akik Panca Nur atau Batu Akik panca warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua ke lima warna. Kelebihan di mata umum ialah pada lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah apabila dipegang terasa berat dan getarannya. Batu Panca Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti berikut:
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling.  - Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai      
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.

3.  BATU Akik LAFADH
BATU LAFADH adalah berbentuk/ bergambar/ bertulis secara alamiah padanya kalimah Allah atau huruf-huruf kalimah . Amat-amat jarang ditemui di dunia perbatuan. Jika ditemui batu jenis ini, anda perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.

4. Batu Akik Serai
BATU SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui.

Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan ungu. Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.

5. Batu zamrud

Batu Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9. Batu  Zamrud jarang dijumpai didalam ukuran  yang besar dan batu zamrud yang paling bernilai/ paling tinggi kualititasnya berasal dari negara Kolombia.

Batu Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. Walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran. Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan dan keyakinan tinggi.

0 Response to " Ini Jenis Batu Akik dan Khasiatnya "

Post a Comment